asalamualaikum rider... macam mana hari ini.. semoga sihat sejahtera ya... beberapa hari otak agak kureng nak menupdate blog.. hari nie bagun-bangun dengan rasa segar dan semangat yang tak seberapa aku mengupdate juge.. kerana aku rindu dah kat blog aku.. korang pernah tak rasa kecewa?... kecewa lah tentang apa-apa aja lebih-lebih lagi tentang cinta... cinta hati kita... cinta mampu mengubah sesorang menjadi buruk dan baik nya.. cinta membuat kan rasa hati yang belbagai-bagai.. tapi bila dia pergi pastinya ada hati yang terluka.. bagai mana untuk merawatnya?,...
Ingat pada tuhan.. ya tuhan kita.. tatkala hati terluka ingattilah tuhan kita.. nascaya kita temui jalan keluar dari kegelapan dan kegagalan hidup kita.. memang ada masa kita rasa tuhan kita tidak sayang kita kerana dia menguji kita dengan dugaan putusnya kasih sayang.. tapi jika kita renungkan sebenarnya tuhan nak berikan sesuatu yang lebih berharga dari ujian derita dan sensara yang diberikannya.. jadi ingat tilah tuhan nascaya hati kecewa bisa di atasi sedikit demi sedikit..\
Ingat ibu bapa dan keluarga.. ibu bapa dan keluarga merupakan orang yang sentiasa bersama kita tatkala di turunkan ujian derita dan sensara mereka lah yang paling layak menjadi sumber insperasi dan penguat semangat kita.. asam garam hidup di dunia jatuh dan segeralah bangun.. memang hati itu sakit tapi bila di fikirkan sampai bila kita mahu menyeksa diri sendiri dan melakukan sesuatu kerana kecewa tanpa kita sedar ada orang yang lebih menyayangi dan lebih memerlukan kita.. mereka ibu bapa kita.. harapan dan doa tergalas di bahu kita adalah datang nya dari mereka.. jadi kalau anda rasa kecewa pada cinta jangan lupa anda memiliki ibu bapa yang lebih memerlukan anda..Kongsi bersama sahabat karib.. sahabat adalah insan yang hampir ketika kita berada jauh dari keluarga.. sahabat karib adalah sahabat yang layak berkonsi rasa hati anda.. dikurniakan seorang sahabat adalah anugrah berharga.. tanpa seorang sahabat yang sanggup menadah telinga untuk mendengar setiap luahan hati, malah seoarang sahabat yang setia di sisi memberi kata-kata perangsang.. kongsi lah apa sahaja masalah derita hati anda kepada sahabat anda.. nascaya anda akan di beri semangat walau tidak seberapa tapi sekurang kurangnya derita hati mampu di atasi sedikit dengan sedikit.. seprti kata-kata perangsang di berikan oleh seorang sahabat aku yang mengembalikan sedikit sebanyak semangat yang hilang
"jangan lupekan kenangan. yang pahit, kite jadikan pelajaran untuk kita tak ulangi kesilapan yang sama. yang manis kite simpan untuk bekalan kite tersenyum diwaktu kite bersedih."
..........................
"keep the memories, but DO NOT LIVE IN IT."
..........................
"tak semua orang lalui kenangan, pengalaman atau peristiwa yang awk lalui. kenangan, pengalaman dan perisitiwa inilah yang membezakan setiap antara kita. hargailah dan tenangkan hati untuk dapat melihat hikmah yang Allah nak tunjukkan pada kita. Percayalah, ianya SANGAT BERBALOI untuk dilalui dan diingati serta disimpan setiap satunya sebab, ALlah tau apa yang terbaik untuk kita dan takkan menguji kita kalau dia tau kita tak mampu untuk laluinya."
sibukkan dengan pelbagai aktiviti sihat.. lakukan apa-apa sahaja aktiviti yang sihat.. sedikit sebanyak anda dapat melupakan masalah yang melanda.. tapi ingat jangan terlalu memberi tekanan pada aktiviti yang anda lakukan.. kerana ia akan mengundang padah..
muhasabah diri .. dalam apa jua sistuasi yang anda hadapi cubalah muhasabah kan diri.. merenung sesuati dan fikirkan.. jalan keluar pasti ada.. tiada tempat yang tiada jalan keluar.. muhasabah diri anda dari jangan lalai mengingatinya (tuhan).. positif dan azam baru.. insyaalah bisa di atasi...